Bismillahirahmanirahim,
Awal pembuka bicara, saya nak panjatkan jutaan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas amanah daripada Dia, terwujudnya AMANNA .
Sudah memang menjadi cita cita saya ingin membina sebuah empayar. Dari kecil teringin sangat nak jadi boss, so bila dah besar saya mesti jadikan ia sebagai kenyataan. Hehe. Berlandaskan pengalaman hidup yang tidaklah sebesar mana namun bermanfaat dan hasil pembelajaran dalam bidang fesyen di pusat pengajian, saya kumpul ilmu segala yang perlu sebagai bekalan apa yang saya harus lengkapkan pada hari ini dan masa akan datang.
Okay tak nak cakap panjang lebar nanti korang mengantuk kan huhuhu saya terangkan serba sedikit tentang Amanna ya gais ☺
AMANNA sebuah penjenamaan butik muslimah yang menerapkan nilai-nilai kreativiti kontemporari, moden, romantik, kecomelan, segar dan idealogi yang menarik. So semua, awak awak memang sedang berada di dalam blog yang betul jika mencari nilai nilai ini. Ini jaminan saya sebagai jenama Amanna.
Saya akan sentiasa pastikan kualiti dalam pembaharuan produk berada dalam keadaan trendy (gaya terkini) dan semestinya memang dalam kepala saya nak lari daripada kebiasaan. Bila kita lain, kita unik. Itu juga matlamat saya. Muah ciked.
Dalam masa yang sama Amanna akan pastikan setiap produk / design design yang baru akan berlandaskan syariat. Hijab sebagai menutup aurat. Maka saya akan pastikan kita sama-sama dapat memelihara iman di samping berpenampilan menarik dan berkeyakinan. Okay bercakap pasal iman, saya nak ajak kita sama-sama berselawat kejap. Allah SWT pun sayang. In Shaa Allah.
Jadi, selain daripada blog ini, saya harap anda semua dapat terus ikuti perkembangan Amanna di page facebook dengan menaip AMANNA HEEJAB di ruangan 'search' atau klik saja link di bawah (jangan lupa LIKE dan FOLLOW tau)
www.facebook.com/amannaofficial
m.facebook.com/amannaofficial
Untuk post selepas ini, saya akan kongsikan gambar-gambar menarik daripada koleksi terbaru daripada AMANNA.
Jom kekal kiut miut dan hati bermunge munge bersama AMANNA :)
"...tidak menyesal"
CEO Amanna
amannaofficial@gmail.com